iklan

September 19, 2010

saya rindu kamu

semua kaum kerabat, saudara mara yang ada dekat rumah dah habis balik. meninggalkan rumah dalam keadaan sunyi dan sepi..raya tahun ni secara peribadinya tak seseronok raya-raya yang dulu-dulu. yang lepas-lepas.tak tau la kenapa..rasa ada yang kurang pada raya kali ni, tapi still tak tahu apa yang kurang...

sekarang tetiba mula rasa rindu pada suasana raya yang pertama, yang meriah dan bising sekali..huhu...
rindu dekat family, kawan-kawan and crimson.
oh, rindunya...............................

maafkan lah...saya baru belajar melukis..

dah tak tau nak tulis ape...letak gambar je boleh?

haziqah and afiqah...gambar diri sendiri tak ada.tak sempat nak ambil dalam kamera kakak and  abg wie.

gambar seterusnya masa aku and family membuat lawatan ke rumah crimson..hehehe...ni pun ihsan abg g tolong tangkap gambar, kalau tak memang tak ada la gambar kami sama macam bila crimson datang rumah, tak ada gambar sebab aku buat-buat sibuk kat dapur...nak tunjuk rajin..oh...

pergi rumah crimson dapat makan laksa and nasi and kuih-kuih and kek-kek yang sangat la banyak.thanks ya.

mak and me masa dekat rumah crimson.
abah siap landing dekat KCM lagi..tak tahan..hehe..

gambar seterusnya adalah gambar lucah sewaktu raya...sila la mengucap dalam hati dan pejamkan mata..kalau rasa budak baik jangan scroll ke bawah..jangan..hehehe..

oh buat apa tu..umur 25 tahun dan 3 tahun.apa tu???
nyah dari sini!!!pampers pun telah tertayang di sebalik seluar dalam pink itu..hahaha...

sekian...


September 14, 2010

yang tersurat tak sama dengan yang tersirat

orang cakap hidup ni sekali, so live it to the fullest...ye ke?


mood raya memang spoil habis...sori la kalau ade sesape yang tak faham ape yang aku merepek dekat atas tu...tetibe jiwang dan sensitif terlebih pulak kan...sori...tak payah baca kalau rasa menyampah...hahha....

aku memang tak de mood dah nak wat entry menyambut hari raya..T_T...tak pe la, benda tu tak penting pun kan...and terima kasih pada sesape yang bagi duit raya pada aku...family and crimson....hahahha...ye, crimson bagi duit raya dekat aku..percaya la....thanks ya crimson...

and kunjung mengunjung di antara family aku dan family crimson best la...hahha...

p/s maaf sekali lagi...maaf pada semua...

September 9, 2010

selamat hari raya.....

ok, selamat hari raya semua.....
maaf dari hujung rambut sampai la hujung kuku kaki....hehehe....

suasana raya dah terasa dekat rumah, sebab family kakak dah sampat tadi pagi....
sibuk dengan  dua orang anak sedara yang even tak puasa tapi baju raya dah ada 5 pasang..*sigh...
rumah dah kemas awal-awal lagi...

and tadi aku dapat kad raya dari crimson!!!=)
kad raya pos yang macam zaman-zaman dulu tu...hehehe....rasanya last dapat kad raya masa kat matrix, alia yang pos waktu tu...and hari ni dapat dari crimson dengan kata-kata yang sweet...sobssss....

aktiviti raya :
a)salam-salam mintak maaf
b) pergi masjid, sembahyang raya
c)beraya rumah sanak saudara
d)family crimson nak datang rumah...(takotttt)
e)nak pergi rumah crimson dekat sp pulak with my family...=)
f)jalan-jalan dengan besties...alia n mas...kami ada rancangan yang menarik raya ni...=)

tahun ni 1st time raya dekat rumah sendiri..selalunya kami raya dekat rumah opah...sobsss....pah, we miss u soo much!!!al-fatihah to you....

p/s crimson, nak duetttttttt rayaaaaa..=)
p/s2 sekali lagi, mintak ampun and maaf kalau aku pernah wat salah n silap pada sesape je..kosong kosong ye!

September 7, 2010

PLKN

aku tau, sekarang ni tengah mood raya kan..tapi tetibe je aku teringat pasal plkn dulu...so aku rasa macam nak wat entry pasal plkn...next entry pasal raya pulak k?hehehe...

aku dapat plkn dekat kem batu jong, kuala krai, kelantan.jauh gile kan?
dah la 1st time nak berenggang dengan mak bapak, tauk aku jauh-jauh pulak (T_T)...masa ni aku dah puas berguling dan menangis nangis dah sebab tak nak pegi.
kakak sampai call jabatan latihan khidmat negara untuk mintak kalau-kalau aku boleh tukar kem kat perak.
pegawai tu cakap boleh tapi aku kena masuk siri ke 3 punya.
kalau masuk siri ke 3 means kalau dapat tawaran matrix aku kena tangguh la sebab nak complete kan plkn.gile susah.so dengan hati yang berat, aku pergi jugak kem kat kelantan ni.

nasib baik masa tu aku ade shawal...aku naik bas pun duduk sebelah dia...kami ni sesama la 1st time nak berpisah dari kaum keluarga...
sampai je kat kem tu, aku dah gundah gulana.mana taknya, kem dalam ladang getah wehhhhh......

aku dapat kompeni charlie, bila masuk je dorm dah rasa macam nak nangis, nak balik taiping, nak lari dari kem, semua ada la...1st day pergi, air tak de pulak tu kat kem...sakit hati aku...huhu..tapi aku tahan juga hati, gagah juga menjalani program ni...

tapi bila dah lama-lama tu ok la...rasa seronok pulak...

aku bangun pukul 5 pagi...sebab tak nak berebut toilet...aku memang tak suka mandi dekat kolah bersama rakan-rakan, berkemban pulak tu..aku tak suke...tak suke...shower pulak air die macam nak tak nak je keluar..tandas je ok..so situ la tempat aku mandi...

lepas je mandi, ada banyak masa lagi sebelum perhimpunan pagi pukul 6.30, tapi aku dah pakai baju PT siap-siap.siap dengan kasut sport and tudung aku pakai siap-siap.then aku tido balik...kalau dah masuk subuh aku sembahyang and kalau ada masa lagi, aku tidur balik...hehehe...

masa perhimpunan tu, memang aku rasa tertekan gila.nyanyi lagu negaraku sambil mata tertutup tuuu...punya la pemalas nak bangun pagi kan..hehehe....bila start senaman pagi, memang aku meluat gila waktu ni...

lari panjat turun bukit pagi-pagi....aku rasa macam nak tercabut kepala lutut...gila semput!

lepas je senaman pagi, aku BERLARI (berlari ye) untuk berebut breakfast..perghhh...cam bebudak kan...umur dah 18 tahun masa tu, tapi berlari lagi nak berebut makanan...
tapi aku ada reason sendiri tau kenapa aku berlari untuk breakfast.....

sebab pukul 9 kena berhimpun nak masuk kelas charakcter building and kenegaraan pulak.so aku kena makan cepat-cepat, lari masuk dorm, untuk tido dekat katil!!!!
even dapat tido 5 or 10 minit tapi heaven gila kot....sanggup aku makan cepat cepat then lari untuk tido je before ke kelas CB n kenegaraan....memang pemalas...hehehe....

aku paling tak boleh lupa bila ingat pasal queue nak amik makanan ni...ada dua line.satu untuk perempuan and satu untuk lelaki...tapi ada satu dorm perempuan ni, semangat kedorman diorang tinggi sikit...kalau seorang beratur kat depan dia akan panggil semua ahli dorm die beratur kat belakang dia...tak buleh blah betul la...
contoh kalau aku orang yang kedua beratur..depan aku seorang ahli dorm ni..aku boleh jadi orang yang ke 28 sebab dia akan panggil 27 ahli dorm dia beratur kat belakang dia..sengal gila kan????1st come 1 serve la...

then ade la pelatih yang mengadu kat askar pasal dorm ni, so kena tegur...puas hati aku...sapa lambat beratur dekat belakang ye!

paling rasa terseksa bila kena kawad masa matahari tegak atas kepala siap pakai baju celoreng, beret, but...panasssssssssssssssssssssss!!!!!
masa ni memang la...nak cover cover muka memang tak berani....so tahan je la..

tapi banyak pengalaman yang aku kutip masa kat plkn ni...pernah kena denda ketuk ketampi, kena denda berdiri dekat jalan malam-malam masa hujan renyai-renyai...masuk hutan malam-malam tanpa askar or sesapa yang tua kecuali kami-kami je...pernah tido dalam khemah askar dalam hutan siap pakai but ikat tali ketat-ketat sebab takut pacat gigit kaki dengan tandas yang korek lubang je...

memang experience yang tak boleh kutip dekat mana-mana....ada gambar, tapi aku malas nak scan..oppss...bukan malas..scanner rosak...huhuhu...

p/s dekat plkn la kenal si dia- budak- pahang-cinta- tak -jadi -aku...hahaha

September 1, 2010

stop.

A mother's love.
Your arms were always open when i needed a hug.Your heart understood when i need a friend.Your gentle eyes were stern when i needed a lesson.Your strength and love has guided me and gave me wings to fly.-sarah malin

stop making my mom cry.stop.


August 30, 2010

lavender : crimson 3

lepas je add dekat facebook, then crimson add dekat ym pulak...
tapi kami dah jarang berhubung sangat lepas tu...

satu malam tu aku g cafe baru dengan niat nak mendownload video-video dbsk..
tengah-tengah seronok download, then,dekat ym ade orang buzz.

fouth_avanue_cafe : buzz

aku pulak macam pelik.sape la fourthavanuecafe ni...kenal ke?tapi aku pun buzz la balik.

fourth_avanue_cafe : kat mana ni?cafe baru eh?
me : sapa ni?
fourth_avanue_cafe : weh..me la...khairee.
me : amboi..nama...xtahan..jap2 nk tukar nama kat ym ni..pehal la g letak forthavanuecafe plak...(emoticon masam)

sambil mengubah setting nama and letak nama khairee.done.

khairee : hehhee...so, kat cafe baru ke?
me : ye..kat mana lagi la wireless laju  kan..
khairee : dah dekat kul 2 pagi ni..bahaya la duk kat cafe baru.sorang-sorang ke?
me : ye..ala, dah besa la..lagipun ramai je makhluk-makhluk yang duk dekat cafe baru ni.tak kisah la.
khairee : hmmm...nak tanya sumtin boleh?
me : ape? (masa ni aku dah tak mendownload video dbsk dah.menumpukan sepenuhnya pada ym ini.dbsk, number 2, him number 1 )

khairee : saya tengok kat fb awak, status single..hmmm..single lagi ke?
me : awak rasa? ( sambil senyum-senyum and tak sabar menanti respon)
khairee : saya tak pandai rasa-rasa ni.bagitau la.
me : kalo awak rasa single, single la.kalo awak rasa berpunya, dah berpunya la. :p..(cuba nak main-main dengan mamat sorang ni.)
khairee : hmm..tak pe la..saya consider single lagi la..xpernah bercinta ke?
me : waktu kat matrix dulu je.hehehe
khairee : owh...skang ni tak minat ngn sape2 ke?
me : xde la pulak.nanti dah habis blaja, suh mak cari je.senang citer.hehehe..
khairee : mana boleh macam tu.kena la cari sendiri. baru best.
me : duk cakap pasal saya je.awak macam mana?
khairee : saya single lagi.tapi ada la minat kat sorang tu.nak approach, tapi malu.

sapa yang dia nak approach tu?

me : sape?saya kenal ke?budak kelas mandarin kita ke?
khairee : ada la....hmm..xde ke tips nak approach perempuan?saya adik beradik sume lelaki.tak pandai pasal-pasal perempuan ni......

apehal pulak mintak tips kat aku....masa ni aku pun layan je la dia.bagi je ape-ape tips yang dia nak..

then, hari-hari pun berlalu seperti biasa.tetiba tu satu hari dapat mesage dari dia.=)

crimson : dah makan?
me : lum.malas la nak turun.tingkat 4 kot.
crimson : ala, turun kejap je.pegi la beli makanan.
me : nanti la.malas nak beli.
crimson : nak saya belikan?awak nak ape?
me : tak pe.saya nak makan saya turun la nanti.
crimson : nasi ayam nak?
me : eh, tak pe la.tak nak la.
crimson : saya suruh die letakkan salad banyak-banyak eh?
me : tak nak la.
crimson : nak ayam bahagian mana?
me : eh, tak nak la.
crimson : nak saya tak?

erkkkk....terdiam.aku terus balas mesage, nanti kalo saya nak makan, saya g beli sendiri.
phewwww.....nenonenonenonenonenoneno....


August 27, 2010

lavender : crimson 2

that night...

1 message receive.
aku ambil phone and tengok..

its him.=)...message bertulis, "elementmaster_13@yahoo.com...add me, facebook."
apehal pulak aku nak kena add?dia la add....aku membebel kat dalam hati.but still aku balas ok with the smiling emoticon...gila hipokrit..hipokrit kah??

then esoknya aku pun bukak la mukabuku..
cit..nama tak buleh blah...hittokiri crimson with profile picture ialah fullmetal alchemist..nak tengok lebih-lebih dah tak boleh sebab dia wat private..so, kena tunggu dia accept dulu my friend request...

* i did asked him meaning of hittokiri crimson.hittokiri ialah nama gelaran himura kenshin dalam samurai x.cekap guna pedang.and crimson ialah colour. ( he is so crazy about anime and manga.kan?)

malamnya, tengah aku bersenang lenang layan muvie tetibe dapat mesage.him lagi.i dunno y but tetiba je aku senyum sorang-sorang.

'shuhada....'short, simple but yet buat aku terkedu.speechless..
'i prefer u call me miza', i replied.
'why?saya suka shuhada.sweet,' berkeras nak panggil shuhada.hai, mamat ni.
'kalo nanti kat luar awak panggil saya shuhada, saya tak dengar and tak layan awak, jangan cakap saya sombong.saya tak biasa dengan nama tu.' aku cuba nak tengok reaksi dia.
'u will answer me.u will notice me.trust me.' yakinnya dia!!!!!....

masa ni aku semakin berminat nak tau pasal dia.guy yang guna nama crimson dekat facebook.

' awak pernah pegi zoo tak,' tetibe dia tanya aku pasal zoo.zoo ok.
' zoo taiping je la.(smile emoticon).' aku agak keliru dan semakin berminat nak tau pasal dia.dia tanya pasal zoo.dalam banyak-banyak benda dia boleh tanya, dia tanya pasal zoo.
' saya tak pernah pergi zoo taiping.pernah pergi zoo negara je.nanti awak bawa saya pergi zoo taiping boleh?,' pertanyaan dia yang tiba-tiba dan unexpected.
'boleh.datang la taiping.nanti saya bawa awak jalan-jalan pergi zoo.' masa ni aku jawab sambil gelak-gelak.

a guy who is asking you about your family and whether you like cat or not in the 1st phone conversation and then asking you to go to the zoo with him in your 1st message conversation.

this guy has caught my attention. definitely.he asked me silly question in a very unexpected way.

folksssssss......saya tetiba sudah suka pada ini crimson.

p/s nanti sambung lagi ye.=)

August 26, 2010

lavender : crimson 1

siap-siap untuk pergi pertandingan drama mandarin.
duduk-duduk dulu sementara tunggu geng-geng yang lain.kami berjalan kaki ke dewan.
phone vibrate.1 message receive.

"u dah siap?kalau dah, turun dulu.khairee dah tunggu dekat cafe baru," pashia.
"ok." aku jawab.simple.

turun pergi cafe baru.dari jauh dah nampak khairee tengah tunggu.serius.

"dah lama tunggu? yang lain tak turun lagi ke?", i tried to create a conversation with this guy.satu kumpulan untuk pertandingan drama mandarin.tapi boleh bilang berapa patah perkataan aku sembang dengan dia sepanjang dalam kelas dan praktis drama.
"hmmm...seorang je,"  he replied. cold.

i stop my conversation.senyap.sampai la bila ke dewan.

 * dewan tempat pertandingan drama bagi bahasa asing bising dengan suara peserta-peserta.aku duduk dekat kerusi sementara tunggu kawan-kawan aku yang lain datang sambil tengok props yang kami sediakan sebelum ni.

"ada kerja tak?" khairee tetiba tanya aku.aku nampak dekat tangan dia ade eyeliner.
"tak de.tengah tunggu budak-budak ni datang.y?", agak pelik aku jawab sebab dia ni memang jarang nak bercakap dengan aku.tetiba je ni.
"tolong lukis misai.tak reti la," with smiling face.1st time kot.d.e.s.p.e.r.a.t.e.l.y nak suruh aku tolong.sebab pertandingan dah nak mula.
"ok.tapi kat luar la." aku still pelik.

aku lukis.tapi tak de la pegang-pegang muka dia dengan tangan aku .in fact dia suruh aku pegang kain dia untuk lapik kalau aku perlu pegang muka dia untuk lukis misai tu...:p

*our turn untuk present drama kami.dia lupa skrip.WELL DONE Khairee.

*************************************************************************************
aku dekat bilik dan tengah tido (anak dara pemalas.hahaha) masa aku tetibe dapat call.sapa ni?number tak kenal.

"hello",try untuk maintain suara yang ala-ala itik kesan dari tido petang.
'hello." garau.a guy.
"what r u doing? menganggu ke?"
"eh, tak la.duk dengar-dengar lagu", tipu sunat..heheheh...tak kan nak gtau baru bangun tido.eh2, maintain saham beb...hahhaa...
"ooo... sorry.for ruin our drama competition just now.i dont know what's wrong.i've memorized the line.but i got blank in front of others n our laoshi.," boleh teka sape yang call?yang lupa skrip?hehehe...
"aiya...no hal la..benda dah lepas.let bygone be bygone la.,"try untuk tak menimbulkan suasana yang serius.
"hhahahahaa... thought u will be screaming at me..and i'm ready for that.hahaha,"die gelak.
" oh...i teruk sangat ke nak scream2 ni???," aku senyum.
"tak la.u tak teruk.well, u ade berapa orang adik beradik?," dia tanya.tetibe tanya pasal adik beradik.. dekat 1st phone call pulak tu.
"4,"
"and u?,"  dia tanya lagi.penting ke nak tau?
"youngest", aku layan je dia ni.
"owhhh...and i'm the eldest." die offer maklumat yang aku tak tanya pun.
"tak tanya pun."
'tak pe, i nak gtau gak."
"u suka kucing?" dia tanya lagi.kucing pulak.
"tak.tak suka kucing.tak boleh pegang kucing.geli.", I replied.
"ala, habis kalau i nak bela kucing macam mana?"he asking me.anxiously.
"and why is that matter to me??"hohoho..menarik jugak dia ni.
"hahahaha..."

p/s nanti aku sambung lagi ye...hehehe...

August 24, 2010

semakin hari...

semakin hari aku semakin malas nak update blog.
kalau boleh tu, aku just letak satu video then satu je ayat.done.punya la pemalas.

kalau sesape yang perasan, blog aku dulu (entry before didelete) then blog sekarang, sangat la banyak perbezaannya...semuanya sebab aku dah malas nak menulis.ada idea, banyak benda nak menulis, tapi malas.

kalau ikut hati, setiap entry aku nak tulis pasal crimson.huhuhu..tapi pehal pulak nak menulis pasal dia je kan..nanti ade yang pengsan sebab loya tekak (believe me, sekarang aku sangat sangat sangat jiwanggg.)..orang cakap bila kita bercinta ayat kita akan jadi puitis muitis, bersayu sayu semua kan..tolong la percaya..benda tu betul..hahaha...crimson pun dah warning jangan tulis entry sebarangan..enrty nak lepas geram sebab gaduh dengan dia DIHARAMKAN sama sekali..tu dia, sikit punya besar perkataan haram tu...hehehhe...

hmmm....dilema...baru je lepas send borang referee kat lecturer.untuk sambung master.betul ke pilihan aku ni?

aku rindu nak kembali pada zaman aku baik-baik, innocent, naive,suci, tulus, mulus.sekarang ni aku dah banyak sangat dosa, semua yang aku buat serba tak kena.semua keputusan yang aku buat macam salah.semua tindakan yang aku buat tak nampak hasil...ujian?

may be semua yang aku buat dulu, bukan yang terbaik untuk hidup aku.sebab tu serba tak kena.so, aku berhenti dari lakukan.untuk jangka masa pendek, aku menyesali dengan tindakan aku sebab berhenti dari terus buat benda tu, tapi untuk jangka masa panjang, may be berhenti adalah yang terbaik.aku tak nampak sekarang, tapi dah lama nanti baru aku nampak kan...

aku tahu ALLAH tahu apa yang terbaik untuk diri aku.dan Dia sedang guide aku untuk melakukan yang terbaik.mungkin Dia bagi aku lalu jalan yang susah, jalan yang bengkang bengkok, jalan yang banyak duri.but in the end, ada benda paling baik, paling manis, paling sempurna sedang tunggu aku.

p/s master, aku sedang bergerak ke arah kau.crimson, tunggu saya.

Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your t...

Quran recitation that even made children cry in taraweeh prayers

August 20, 2010

The Road Not Taken

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;       
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,       
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.       
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.       

p/s im confius...

August 18, 2010

[HQ] DBSK - Mirotic Live! [07Nov2008]

KCM


K C Miza.....♥♥♥...=)

p/s I love you, not because of what you have but because of what I feels.. I care for you, not because you need care but because I want to.. I'm always here for you, not because i want you to be with me but because i want to be with you..

August 12, 2010

Don't let the past steal your present. ~Terri Guillemets

With the past, I have nothing to do; nor with the future.  I live now.  ~Ralph Waldo Emerson

 p/s The past is a good place to visit, but I wouldn't want to live there. 

August 10, 2010

selamat berpuasa =)

selamat berpuasa pada semua!!!!

semoga ramadhan kali ni membawa banyak manfaat pada kita semua..=)

p/s amboiiii.....saya tak jahat oki..T_T

August 8, 2010

hei weirdo, do you realise it?

do people change?
yes..all the time..

why?
you cant tell.sometimes you didnt realise that actually you have become different person.you think you stay the same.but people around you said you are not the old you anymore.

its not harm for you to change.become a different person.the new one.to the better than before.but if you change to the worst, so how will you explain it?

loves really makes one blind.all kind of love.

cinta itu buta.weird.


p/s  tak ada kena mengena dengan crimson or aku.

August 7, 2010

gambar...

just a quick update...
nak tunjukkan gambar-gambar yang aku simpan dari zaman program latihan khidmat negara dekat kuala krai kelantan dulu, kolej matrikulasi perak sampai la ke universiti malaysia terengganu..
banyak wooooo....hehe...=)



ha...ini lah antara koleksi gambar formal aku sejak beberapa tahun ni..hehe..kalau sapa rajin, sila la spot mana aku di antara yang ramai-ramai ni..hehehehe...

ini lah semua...hehehee...

August 6, 2010

on the wall

parcel~~~~
dah lama tak terima parcel sejak dah tak membeli dvd dbsk ni..kalau dulu, memang selalu je order kat internet and beli then receive parcel kat hepa umt...
best sangat perasaan masa terima parcel tu..
tapi semua dvd dbsk tu bukan semuanya aku guna dan dengar..selalunya simpan untuk koleksi je sebab kalau nak dengar aku suka download kat youtube je..ada 2 dvd yang memang aku tak bukak and dengar langsung...kalau orang lain mesti kata rugi kan..lantak la..hehe..


tadi aku terima parcel..pos laju tu..bila tengok je, wahhhh...suka weh...hehe...
agak-agak la, apa isi kat dalam eh??hehe..

aku kena sesi petang..so, tak dapat dengan sultanah..nc pun ok what...best je..=)
muka cover tak buleh blah..haha..

sepanjang aku kat atas ni, aku berdoa je supaya tak jatuh, tak terguling, tak tersadung sampai nc or dekan-dekan kena tolong angkat aku bawa turun pulak..ngee~~~...aku punya la praktis pakai heels tu dalam bilik, dalam rumah..and, berjaya jalan tanpa perlu memalukan diri terguling dekat depan orang ramai...hehehehe...

course dan fakulti aku adalah yang pertama sekali dipanggil untuk terima ijazah..dekan fakulti aku iaitu fakulti sains dan teknologi mengumumkan (cewahhh, ayat..) course aku before kitorang boleh amik scroll..aku adalah orang yang ke-8 dipanggil..masa tu memang agak touching la (bagi aku) sebab masa dah beratur dan kita berjalan nak amik scroll, dekat screen besar ada nama kita terpampang and disebut nama kita..nur mizashuhada binti za'far..

masa ni rasa macam berbaloi segala usaha menangis bagai, tension teramat, rambut gugur macam boleh nak jual sebab stress teramat..mak and abah and mak ngah pun terharu sangat..ye la kan, anak mak and abah dah empat-empat orang selamat masuk universiti..semua.. tak de pun sorang tercicir sebab tak berjaya..(aku boleh consider diri aku sebagai berjaya rasanya?)..hehe..

seriously, belajar dekat u sangat sangat sangat BEST..tak ada tempat boleh tanding dengan u..pengalaman yang dapat dekat u memang tak setanding la dengan mana-mana tempat..=)

ni konvo abg jie masa 2007...abaikan karpet yang penuh dengan kotoran itu.tengok gambar je.
sekali lagi jangan tengok kotoran itu..tengok gambar sudah..hehe..

abg jie graduate from mmu.. ambil course software engineering..same course with crimson..sweet coincidence right?=)

gambar kakak and abg wie tak boleh la nak tunjuk.sebab dah tergantung kat dinding..gambar abg jie pun dah tergantung tapi sama macam aku style konvo sekarang diorang tak bagi satu gambar je macam masa kakak and abg wie, sekarang dah bagi berkeping keping and siap dapat cd lagi..yang gambar abg jie ni pun aku tolong simpan sebab dia memang bad in keeping things..*sigh..

kalau nak ikutkan aku sorang je gambar yang tak de tergantung dekat dinding..T_T..sedey weh..huhu..even mak and abah pun ada masa abah terima pingat dari Raja Nazrin dulu..

ada tak ada pun gambar aku kat dinding ada la juga satu gambar ni...
tapi mana aci..ni ramai-ramai..aku nak khas untuk aku je..kesian dekat kak zaharah, masa ni dia pun tak ada dalam gambar, masa ni abg wie bujang trang tang tang lagi..hehe

p/s sekarang aku dah boleh gantung gambar dekat dinding..my own picture hanging on the wall...=)