iklan

August 30, 2010

lavender : crimson 3

lepas je add dekat facebook, then crimson add dekat ym pulak...
tapi kami dah jarang berhubung sangat lepas tu...

satu malam tu aku g cafe baru dengan niat nak mendownload video-video dbsk..
tengah-tengah seronok download, then,dekat ym ade orang buzz.

fouth_avanue_cafe : buzz

aku pulak macam pelik.sape la fourthavanuecafe ni...kenal ke?tapi aku pun buzz la balik.

fourth_avanue_cafe : kat mana ni?cafe baru eh?
me : sapa ni?
fourth_avanue_cafe : weh..me la...khairee.
me : amboi..nama...xtahan..jap2 nk tukar nama kat ym ni..pehal la g letak forthavanuecafe plak...(emoticon masam)

sambil mengubah setting nama and letak nama khairee.done.

khairee : hehhee...so, kat cafe baru ke?
me : ye..kat mana lagi la wireless laju  kan..
khairee : dah dekat kul 2 pagi ni..bahaya la duk kat cafe baru.sorang-sorang ke?
me : ye..ala, dah besa la..lagipun ramai je makhluk-makhluk yang duk dekat cafe baru ni.tak kisah la.
khairee : hmmm...nak tanya sumtin boleh?
me : ape? (masa ni aku dah tak mendownload video dbsk dah.menumpukan sepenuhnya pada ym ini.dbsk, number 2, him number 1 )

khairee : saya tengok kat fb awak, status single..hmmm..single lagi ke?
me : awak rasa? ( sambil senyum-senyum and tak sabar menanti respon)
khairee : saya tak pandai rasa-rasa ni.bagitau la.
me : kalo awak rasa single, single la.kalo awak rasa berpunya, dah berpunya la. :p..(cuba nak main-main dengan mamat sorang ni.)
khairee : hmm..tak pe la..saya consider single lagi la..xpernah bercinta ke?
me : waktu kat matrix dulu je.hehehe
khairee : owh...skang ni tak minat ngn sape2 ke?
me : xde la pulak.nanti dah habis blaja, suh mak cari je.senang citer.hehehe..
khairee : mana boleh macam tu.kena la cari sendiri. baru best.
me : duk cakap pasal saya je.awak macam mana?
khairee : saya single lagi.tapi ada la minat kat sorang tu.nak approach, tapi malu.

sapa yang dia nak approach tu?

me : sape?saya kenal ke?budak kelas mandarin kita ke?
khairee : ada la....hmm..xde ke tips nak approach perempuan?saya adik beradik sume lelaki.tak pandai pasal-pasal perempuan ni......

apehal pulak mintak tips kat aku....masa ni aku pun layan je la dia.bagi je ape-ape tips yang dia nak..

then, hari-hari pun berlalu seperti biasa.tetiba tu satu hari dapat mesage dari dia.=)

crimson : dah makan?
me : lum.malas la nak turun.tingkat 4 kot.
crimson : ala, turun kejap je.pegi la beli makanan.
me : nanti la.malas nak beli.
crimson : nak saya belikan?awak nak ape?
me : tak pe.saya nak makan saya turun la nanti.
crimson : nasi ayam nak?
me : eh, tak pe la.tak nak la.
crimson : saya suruh die letakkan salad banyak-banyak eh?
me : tak nak la.
crimson : nak ayam bahagian mana?
me : eh, tak nak la.
crimson : nak saya tak?

erkkkk....terdiam.aku terus balas mesage, nanti kalo saya nak makan, saya g beli sendiri.
phewwww.....nenonenonenonenonenoneno....


August 27, 2010

lavender : crimson 2

that night...

1 message receive.
aku ambil phone and tengok..

its him.=)...message bertulis, "elementmaster_13@yahoo.com...add me, facebook."
apehal pulak aku nak kena add?dia la add....aku membebel kat dalam hati.but still aku balas ok with the smiling emoticon...gila hipokrit..hipokrit kah??

then esoknya aku pun bukak la mukabuku..
cit..nama tak buleh blah...hittokiri crimson with profile picture ialah fullmetal alchemist..nak tengok lebih-lebih dah tak boleh sebab dia wat private..so, kena tunggu dia accept dulu my friend request...

* i did asked him meaning of hittokiri crimson.hittokiri ialah nama gelaran himura kenshin dalam samurai x.cekap guna pedang.and crimson ialah colour. ( he is so crazy about anime and manga.kan?)

malamnya, tengah aku bersenang lenang layan muvie tetibe dapat mesage.him lagi.i dunno y but tetiba je aku senyum sorang-sorang.

'shuhada....'short, simple but yet buat aku terkedu.speechless..
'i prefer u call me miza', i replied.
'why?saya suka shuhada.sweet,' berkeras nak panggil shuhada.hai, mamat ni.
'kalo nanti kat luar awak panggil saya shuhada, saya tak dengar and tak layan awak, jangan cakap saya sombong.saya tak biasa dengan nama tu.' aku cuba nak tengok reaksi dia.
'u will answer me.u will notice me.trust me.' yakinnya dia!!!!!....

masa ni aku semakin berminat nak tau pasal dia.guy yang guna nama crimson dekat facebook.

' awak pernah pegi zoo tak,' tetibe dia tanya aku pasal zoo.zoo ok.
' zoo taiping je la.(smile emoticon).' aku agak keliru dan semakin berminat nak tau pasal dia.dia tanya pasal zoo.dalam banyak-banyak benda dia boleh tanya, dia tanya pasal zoo.
' saya tak pernah pergi zoo taiping.pernah pergi zoo negara je.nanti awak bawa saya pergi zoo taiping boleh?,' pertanyaan dia yang tiba-tiba dan unexpected.
'boleh.datang la taiping.nanti saya bawa awak jalan-jalan pergi zoo.' masa ni aku jawab sambil gelak-gelak.

a guy who is asking you about your family and whether you like cat or not in the 1st phone conversation and then asking you to go to the zoo with him in your 1st message conversation.

this guy has caught my attention. definitely.he asked me silly question in a very unexpected way.

folksssssss......saya tetiba sudah suka pada ini crimson.

p/s nanti sambung lagi ye.=)

August 26, 2010

lavender : crimson 1

siap-siap untuk pergi pertandingan drama mandarin.
duduk-duduk dulu sementara tunggu geng-geng yang lain.kami berjalan kaki ke dewan.
phone vibrate.1 message receive.

"u dah siap?kalau dah, turun dulu.khairee dah tunggu dekat cafe baru," pashia.
"ok." aku jawab.simple.

turun pergi cafe baru.dari jauh dah nampak khairee tengah tunggu.serius.

"dah lama tunggu? yang lain tak turun lagi ke?", i tried to create a conversation with this guy.satu kumpulan untuk pertandingan drama mandarin.tapi boleh bilang berapa patah perkataan aku sembang dengan dia sepanjang dalam kelas dan praktis drama.
"hmmm...seorang je,"  he replied. cold.

i stop my conversation.senyap.sampai la bila ke dewan.

 * dewan tempat pertandingan drama bagi bahasa asing bising dengan suara peserta-peserta.aku duduk dekat kerusi sementara tunggu kawan-kawan aku yang lain datang sambil tengok props yang kami sediakan sebelum ni.

"ada kerja tak?" khairee tetiba tanya aku.aku nampak dekat tangan dia ade eyeliner.
"tak de.tengah tunggu budak-budak ni datang.y?", agak pelik aku jawab sebab dia ni memang jarang nak bercakap dengan aku.tetiba je ni.
"tolong lukis misai.tak reti la," with smiling face.1st time kot.d.e.s.p.e.r.a.t.e.l.y nak suruh aku tolong.sebab pertandingan dah nak mula.
"ok.tapi kat luar la." aku still pelik.

aku lukis.tapi tak de la pegang-pegang muka dia dengan tangan aku .in fact dia suruh aku pegang kain dia untuk lapik kalau aku perlu pegang muka dia untuk lukis misai tu...:p

*our turn untuk present drama kami.dia lupa skrip.WELL DONE Khairee.

*************************************************************************************
aku dekat bilik dan tengah tido (anak dara pemalas.hahaha) masa aku tetibe dapat call.sapa ni?number tak kenal.

"hello",try untuk maintain suara yang ala-ala itik kesan dari tido petang.
'hello." garau.a guy.
"what r u doing? menganggu ke?"
"eh, tak la.duk dengar-dengar lagu", tipu sunat..heheheh...tak kan nak gtau baru bangun tido.eh2, maintain saham beb...hahhaa...
"ooo... sorry.for ruin our drama competition just now.i dont know what's wrong.i've memorized the line.but i got blank in front of others n our laoshi.," boleh teka sape yang call?yang lupa skrip?hehehe...
"aiya...no hal la..benda dah lepas.let bygone be bygone la.,"try untuk tak menimbulkan suasana yang serius.
"hhahahahaa... thought u will be screaming at me..and i'm ready for that.hahaha,"die gelak.
" oh...i teruk sangat ke nak scream2 ni???," aku senyum.
"tak la.u tak teruk.well, u ade berapa orang adik beradik?," dia tanya.tetibe tanya pasal adik beradik.. dekat 1st phone call pulak tu.
"4,"
"and u?,"  dia tanya lagi.penting ke nak tau?
"youngest", aku layan je dia ni.
"owhhh...and i'm the eldest." die offer maklumat yang aku tak tanya pun.
"tak tanya pun."
'tak pe, i nak gtau gak."
"u suka kucing?" dia tanya lagi.kucing pulak.
"tak.tak suka kucing.tak boleh pegang kucing.geli.", I replied.
"ala, habis kalau i nak bela kucing macam mana?"he asking me.anxiously.
"and why is that matter to me??"hohoho..menarik jugak dia ni.
"hahahaha..."

p/s nanti aku sambung lagi ye...hehehe...

August 24, 2010

semakin hari...

semakin hari aku semakin malas nak update blog.
kalau boleh tu, aku just letak satu video then satu je ayat.done.punya la pemalas.

kalau sesape yang perasan, blog aku dulu (entry before didelete) then blog sekarang, sangat la banyak perbezaannya...semuanya sebab aku dah malas nak menulis.ada idea, banyak benda nak menulis, tapi malas.

kalau ikut hati, setiap entry aku nak tulis pasal crimson.huhuhu..tapi pehal pulak nak menulis pasal dia je kan..nanti ade yang pengsan sebab loya tekak (believe me, sekarang aku sangat sangat sangat jiwanggg.)..orang cakap bila kita bercinta ayat kita akan jadi puitis muitis, bersayu sayu semua kan..tolong la percaya..benda tu betul..hahaha...crimson pun dah warning jangan tulis entry sebarangan..enrty nak lepas geram sebab gaduh dengan dia DIHARAMKAN sama sekali..tu dia, sikit punya besar perkataan haram tu...hehehhe...

hmmm....dilema...baru je lepas send borang referee kat lecturer.untuk sambung master.betul ke pilihan aku ni?

aku rindu nak kembali pada zaman aku baik-baik, innocent, naive,suci, tulus, mulus.sekarang ni aku dah banyak sangat dosa, semua yang aku buat serba tak kena.semua keputusan yang aku buat macam salah.semua tindakan yang aku buat tak nampak hasil...ujian?

may be semua yang aku buat dulu, bukan yang terbaik untuk hidup aku.sebab tu serba tak kena.so, aku berhenti dari lakukan.untuk jangka masa pendek, aku menyesali dengan tindakan aku sebab berhenti dari terus buat benda tu, tapi untuk jangka masa panjang, may be berhenti adalah yang terbaik.aku tak nampak sekarang, tapi dah lama nanti baru aku nampak kan...

aku tahu ALLAH tahu apa yang terbaik untuk diri aku.dan Dia sedang guide aku untuk melakukan yang terbaik.mungkin Dia bagi aku lalu jalan yang susah, jalan yang bengkang bengkok, jalan yang banyak duri.but in the end, ada benda paling baik, paling manis, paling sempurna sedang tunggu aku.

p/s master, aku sedang bergerak ke arah kau.crimson, tunggu saya.

Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your t...

Quran recitation that even made children cry in taraweeh prayers

August 20, 2010

The Road Not Taken

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;       
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,       
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.       
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.       

p/s im confius...

August 18, 2010

[HQ] DBSK - Mirotic Live! [07Nov2008]

KCM


K C Miza.....♥♥♥...=)

p/s I love you, not because of what you have but because of what I feels.. I care for you, not because you need care but because I want to.. I'm always here for you, not because i want you to be with me but because i want to be with you..

August 12, 2010

Don't let the past steal your present. ~Terri Guillemets

With the past, I have nothing to do; nor with the future.  I live now.  ~Ralph Waldo Emerson

 p/s The past is a good place to visit, but I wouldn't want to live there. 

August 10, 2010

selamat berpuasa =)

selamat berpuasa pada semua!!!!

semoga ramadhan kali ni membawa banyak manfaat pada kita semua..=)

p/s amboiiii.....saya tak jahat oki..T_T

August 8, 2010

hei weirdo, do you realise it?

do people change?
yes..all the time..

why?
you cant tell.sometimes you didnt realise that actually you have become different person.you think you stay the same.but people around you said you are not the old you anymore.

its not harm for you to change.become a different person.the new one.to the better than before.but if you change to the worst, so how will you explain it?

loves really makes one blind.all kind of love.

cinta itu buta.weird.


p/s  tak ada kena mengena dengan crimson or aku.

August 7, 2010

gambar...

just a quick update...
nak tunjukkan gambar-gambar yang aku simpan dari zaman program latihan khidmat negara dekat kuala krai kelantan dulu, kolej matrikulasi perak sampai la ke universiti malaysia terengganu..
banyak wooooo....hehe...=)



ha...ini lah antara koleksi gambar formal aku sejak beberapa tahun ni..hehe..kalau sapa rajin, sila la spot mana aku di antara yang ramai-ramai ni..hehehehe...

ini lah semua...hehehee...

August 6, 2010

on the wall

parcel~~~~
dah lama tak terima parcel sejak dah tak membeli dvd dbsk ni..kalau dulu, memang selalu je order kat internet and beli then receive parcel kat hepa umt...
best sangat perasaan masa terima parcel tu..
tapi semua dvd dbsk tu bukan semuanya aku guna dan dengar..selalunya simpan untuk koleksi je sebab kalau nak dengar aku suka download kat youtube je..ada 2 dvd yang memang aku tak bukak and dengar langsung...kalau orang lain mesti kata rugi kan..lantak la..hehe..


tadi aku terima parcel..pos laju tu..bila tengok je, wahhhh...suka weh...hehe...
agak-agak la, apa isi kat dalam eh??hehe..

aku kena sesi petang..so, tak dapat dengan sultanah..nc pun ok what...best je..=)
muka cover tak buleh blah..haha..

sepanjang aku kat atas ni, aku berdoa je supaya tak jatuh, tak terguling, tak tersadung sampai nc or dekan-dekan kena tolong angkat aku bawa turun pulak..ngee~~~...aku punya la praktis pakai heels tu dalam bilik, dalam rumah..and, berjaya jalan tanpa perlu memalukan diri terguling dekat depan orang ramai...hehehehe...

course dan fakulti aku adalah yang pertama sekali dipanggil untuk terima ijazah..dekan fakulti aku iaitu fakulti sains dan teknologi mengumumkan (cewahhh, ayat..) course aku before kitorang boleh amik scroll..aku adalah orang yang ke-8 dipanggil..masa tu memang agak touching la (bagi aku) sebab masa dah beratur dan kita berjalan nak amik scroll, dekat screen besar ada nama kita terpampang and disebut nama kita..nur mizashuhada binti za'far..

masa ni rasa macam berbaloi segala usaha menangis bagai, tension teramat, rambut gugur macam boleh nak jual sebab stress teramat..mak and abah and mak ngah pun terharu sangat..ye la kan, anak mak and abah dah empat-empat orang selamat masuk universiti..semua.. tak de pun sorang tercicir sebab tak berjaya..(aku boleh consider diri aku sebagai berjaya rasanya?)..hehe..

seriously, belajar dekat u sangat sangat sangat BEST..tak ada tempat boleh tanding dengan u..pengalaman yang dapat dekat u memang tak setanding la dengan mana-mana tempat..=)

ni konvo abg jie masa 2007...abaikan karpet yang penuh dengan kotoran itu.tengok gambar je.
sekali lagi jangan tengok kotoran itu..tengok gambar sudah..hehe..

abg jie graduate from mmu.. ambil course software engineering..same course with crimson..sweet coincidence right?=)

gambar kakak and abg wie tak boleh la nak tunjuk.sebab dah tergantung kat dinding..gambar abg jie pun dah tergantung tapi sama macam aku style konvo sekarang diorang tak bagi satu gambar je macam masa kakak and abg wie, sekarang dah bagi berkeping keping and siap dapat cd lagi..yang gambar abg jie ni pun aku tolong simpan sebab dia memang bad in keeping things..*sigh..

kalau nak ikutkan aku sorang je gambar yang tak de tergantung dekat dinding..T_T..sedey weh..huhu..even mak and abah pun ada masa abah terima pingat dari Raja Nazrin dulu..

ada tak ada pun gambar aku kat dinding ada la juga satu gambar ni...
tapi mana aci..ni ramai-ramai..aku nak khas untuk aku je..kesian dekat kak zaharah, masa ni dia pun tak ada dalam gambar, masa ni abg wie bujang trang tang tang lagi..hehe

p/s sekarang aku dah boleh gantung gambar dekat dinding..my own picture hanging on the wall...=)

August 5, 2010

labu oh labu...

tinggal lagi beberapa hari je nak puasa.lepas ni dah tak boleh nak makan siang.tapi akan ada beberapa hari yang still aku boleh makan siang lagi..haha..itu la kelebihan perempuan..=)

walau pun puasa tak start pun lagi, tapi aku dah sedia ada dua pasang baju raya, and kasut raya..walawehhhh...macam budak-budak..hahaahha..bukan salah aku ye, mak yang beria-ria nak belikan baju raya kat aku dah (anak bongsu tersayang kan)..hehehe...

baru je beberapa hari yang lepas kakak call suruh pergi pahang sebab dia nak belikan baju raya lagi kat aku..aku hanya mampu tersenyum..hehe..=) =) dan lagi =)..

baru je lepas tengok beberapa blogger yang lain membuat contest kat blog-blog mereka..macam menarik tapi tak tau la nak join ke tak...tunggu dan lihat je lah ye..

aku ke yang masak labu ni?
comel kan?hehe...

p/s aku pun tak tau kaitan puasa dengan labu tapi bila mak beli buah labu ni macam comel pulak..hehe..


August 4, 2010

baby boy

look the arm..o_O....
changmin, u really workout well!!!!!!
Credit: TVXQBaidu
Shared by: sharingyoochun.net + DBSKnights+lavendermiz

hobi baru...

sejak beberapa hari ni baru mendapat hobi yang baru...pengaruh dari mereka-mereka yang gilakan manga dan anime.
hobi ape?hobi ni ringkas je, tak perlukan duit just perlukan kita online sahaja.(maknanya kena la bayar juga kan sebab dah guna internet, hehee).
hobi ni aku boleh katakan kalau budak-budak lelaki tu memang agak addict la..ish..bukan..bukan dota ye..hehe

hobi ni juga biasanya budak-budak universiti or kolej suke (betul ke) sebab hobi ni ringan je and boleh mereleasekan tension dari assignment-assignment dan kuiz-kuiz serta exam yang memeningkan kepala.

ok. hobi yang dimaksudkan ialah membaca manga or komik...hehehhee....
aku baru je addicted membaca manga secara online..dapat laman web dari crimson and memang best gile la..
kalau before ni, aku suka baca komik betul, bukan yang secara online tapi sekarang ni komik online lagi senang and mudah.tak payah susah-susah nak ke kedai buku membeli and selalunya yang keluar dekat online ni pun the latest.

aku baru je selesai baca manga chocolat (50 episod), my boyfriend is vampire, dan 1/2 prince...best..santai je..dengan lukisan-lukisan yang cantik, memang best gile la...hehehe..mula-mula aku nak membaca komik bleach, naruto dan one piece ke, tapi bile tengok episod sampai dah beratus-ratus and ada yang dekat 500 dah, tak jadi la nak baca...sebab dah ketinggalan banyak sangat..huhu

sekarang aku dah tahu kenapa crimson addict sangat dengan manga.memang best rupanya.dia memang tunggu the latest bleach yang keluar setiap minggu dan dia boleh hafal the latest komik dan anime akan keluar hari apa.yang pastinya setiap minggu akan keluar.
chocolat
my boyfriend is vampire


comel kan lukisan-lukisan komik?cute...

dua ni je la koleksi manga yang aku ada...